PARLIMEN: Kecoh pembangkang persoal bak kut teh jadi makanan

PARLIMEN: Kecoh pembangkang persoal bak kut teh jadi makanan tradisi Malaysia

BAK kut teh dipersoal menjadi salah satu makanan tradisi di Malaysia. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoal dalam sidang Dewan Rakyat hari ini iaitu sejak bila hidangan sup tradisi masyarakat Cina, bak kut teh  menjadi salah satu makanan tradisi di Malaysia. 

Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah [PN-Langkawi] berkata, dalam 10 makan tradisi paling popular di Malaysia, tidak menyenaraikan bak kut teh, malah, 30 makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini juga tidak mempunyai makanan jenis itu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan turut bersetuju untuk memasukkan sesuatu jenis makanan supaya dikategori sebagai makanan tradisi, ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia. 

Mohd. Suhaimi: Sejak bilakah bak kut teh ini jadi makan tradisi Malaysia? Dalam saya melihat 10 makan tradisi popular di Malaysia, tiada bak kut teh. 30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia juga tiada bak kut teh. Adakah menteri setuju masukkan makanan ini dalam permohonan seperti yang diminta Tebrau? 

Khairul Firdaus: Saya setuju, kerana ia perlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan semua rakyat Malaysia. Kalau bak kut teh ayam…bolehlah. Tapi kalau bak kut teh seperti yang dibangkitkan oleh Tebrau, dia tidak jelaskan bak kut teh jenis apa. 

Sebelum itu, Jimmy Puah Wee Tse [PH-Tebrau] meminta kerajaan menyatakan usaha untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabatnya sebagai makanan kebangsaan dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN