Pakar-pakar Islam disaran kaji kaedah urus aset wakaf - Utusan Malaysia

Pakar-pakar Islam disaran kaji kaedah urus aset wakaf

ABANG Johari (tengah) merasmikan Seminat Antarabangsa Pendidikan Islam di Raia Hotel, Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pakar-pakar  Islam disaran melakukan kajian berkaitan pengurusan aset-aset seperti tanah terbiar orang Islam untuk diwakafkan bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri.

Premier Sarawak,  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat aset khususnya tanah milik umat Islam yang boleh ditambah nilai melalui sistem wakaf.

“Saya berpendapat dari perspektif Islam dan dari segi wakaf; kita boleh mencari penyelesaian untuk menguruskan aset-aset tersebut dengan berkesan kerana terdapat banyak tanah terbiar.

“Mengabaikan pengurusan tanah secara betul akan mengakibatkan pembaziran dan ia seperti tidak menghargai anugerah Tuhan,” kata beliau ketika berucap merasmikan pelancaran Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam di sini  hari ini. 

Menurut beliau, kewujudan agensi seperti Tabung Haji mungkin antara satu penyelesaian menguruskan aset-aset terbiar.

“Sebab itu saya membuat kajian tentang alga di mana ia boleh tumbuh dalam persekitaran yang mempunyai karbon dioksida, cahaya matahari dan air yang mencukupi.

 “Di Sarawak, kebanyakan orang Islam tinggal berhampiran pantai, dan ini bermakna alga boleh ditanam di kawasan pantai dan pada masa sama alga sendiri boleh menjadi sumber minyak.

“Dengan ini, kita juga berkongsi (pengetahuan) ini dengan orang bukan Islam selain mereka juga boleh menanam alga di tanah mereka, termasuk getah dan kelapa sawit,” kata beliau.

Abang Johari berkata,  inisiatif seumpama itu akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya dengan memberi penekanan kepada ekonomi baharu yang berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya