Osman pasrah permintaan kambing korban kurang 50 peratus - Utusan Malaysia

Osman pasrah permintaan kambing korban kurang 50 peratus

OSMAN CHEYAKUTTY menunjukkan kambing-kambing yang ditempah oleh orang ramai untuk ibadah korban di ladang ternakannya di Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tempahan kambing untuk dijadikan haiwan korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini berkurangan hampir 50 peratus berbanding tahun lalu.

Penurunan ketara itu disebabkan beberapa faktor, antaranya mahu berjimat cermat dan harga barang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheyakutty, 55, berkata, pada tahun ini hanya 580 ekor kambing yang dijual untuk ibadah korban berbanding 1,200 ekor tahun lalu.

“Bukan saya seorang sahaja pengusaha ternakan kambing yang terkesan mengalami kekurangan pembelian untuk membuat korban, malah rakan-rakan saya di tempat lain turut terkesan.

“Ini disebabkan orang ramai mahu berjimat cermat dan membeli keperluan yang perlu sahaja disebabkan banyak harga barangan telah meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di ladang ternakannya di Kangkar Tebrau, di sini.

Walau bagaimana menurut Osman, masih ada individu yang melakukan ibadah korban tetapi dengan jumlah yang terhad.

“Kalau sebelum ini mereka membeli 10 ekor kambing, tahun ini mereka hanya membeli dua atau tiga ekor sahaja,” katanya.

Osman berkata, trend berjimat cermat itu bermula sejak Hari Raya Aidilfitri lalu dengan jualan daging agak perlahan.

Osman berkata, harga seekor kambing antara RM900-RM1,800 mengikut saiz. Baka kambing yang dijualnya daripada jenis Ferrel, Boer Jamnapari, baka biri pulah, Damara, Merino, Ven Rooy dan Awassi yang dibeli dari Australia, Thailand dan Myanmar. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya