Orang Asli suku kaum Mendriq tak sabar sambut Aidiladha

Orang Asli suku kaum Mendriq tak sabar sambut Aidiladha

IDA Terang (berdiri kanan) bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli dari suku kaum Mendriq di sini sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini.

Seorang suri rumah, Norzilawati Asin, 33, berkata, Aidiladha memberi pengertian besar buat mereka apabila dapat melihat ibadah korban secara lebih dekat termasuk merapatkan hubungan bersama ahli keluarga dan jiran.

Menurutnya, dia memeluk Islam ketika berusia 14 tahun dan persediaan menyambut Aidiladha kali ini dilakukan secara ala kadar.

“Perancangan kita pakai baju raya lepas yang boleh pakai lagi. Biasa raya korban kita dapat masak juadah daging dengan keluarga.

“Kita berkongsi juadah dengan jiran. Setiap tahun kami gembira apabila kami dapat melakukan ibadah korban dan mendapat sumbangan lembu daripada MAIK,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Guru Agama Orang Asli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Kampung Kuala Lah, Ida Terang berkata, 80 peratus penduduk Orang Asli di kawasan itu sudah memeluk Islam.

Katanya, penduduk kini belajar agama melalui bimbingan pendakwah serta penggerak masyarakat setiap minggu dan masih lagi mendalami ajaran Islam.

“Bagi Orang Asli suku kaum Mendriq, Aidiladha adalah antara perayaan yang ditunggu-tunggu oleh mereka saban tahun.

“Setiap tahun pihak MAIK akan melaksanakan program ibadah korban dan orang kampung akan sama-sama menyertainya. Kebiasaannya penduduk akan dapat sumbangan daging dan mereka akan bergotong-royong memasak,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya