Negaraku berkumandang di Muzdalifah

Negaraku berkumandang di Muzdalifah

SYED Saleh Syed Abdul Rahman (depan, tengah) bergambar bersama petugas TH ketika membuat tinjauan di Muzdalifah semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Bacaan doa diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku menjadi pembuka tirai bagi menzahirkan rasa syukur ketika rombongan Tabung Haji (TH) membuat lawatan ke lapangan masyair yang sudah 60 peratus siap.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, beliau berpuas hati dengan perkembangan persiapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina yang akan menjadi kemuncak untuk melengkapkan rukun haji bagi kesemua 31,600 jemaah.

Katanya, tapak khemah di tiga lokasi itu akan 100 peratus siap sebaik sahaja jemaah pertama memasuki kawasan berkenaan bermula 8 Zulhijjah bersamaan 27 Jun ini.

“Persiapan awal telah dilakukan beberapa minggu lalu oleh pihak masyariq, Arab Saudi dan beberapa agensi tertentu.

“Setakat ini TH berpuas hati dengan perkembangan penyediaan khemah, bekalan elektrik, air, sajian makanan, tandas, pendingin hawa dan sebagainya yang sudah mencapai 60 peratus siap,” katanya selepas membuat tinjauan di sini semalam.

Menurut Syed Saleh, se­perti kebiasaan, ruang untuk menempatkan jemaah adalah terhad ekoran kuota penuh yang diberikan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini.

Tambahnya, ia ditambah dengan cuaca panas yang sudah tentu memberikan cabaran kepada semua orang, namun TH sentiasa peka dan terus membantu jemaah untuk menjaga kesihatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya