Muhammad Syahril Saidi terima biasiswa kerajaan Kelantan

Muhammad Syahril Saidi terima biasiswa kerajaan Kelantan

AHMAD Yakob (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Syahril selepas  melawat pelajar berkenaan di rumah sewanya di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan hari ini-IHSAN AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, yang menjaga ibu sakit sehingga meninggal dunia menerima biasiswa pengajian daripada Kerajaan Negeri.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob semasa melawat pelajar berkenaan di rumah sewanya di Kampung Kandis, Bachok dekat sini hari ini.

Ahmad menerusi entri laman sosial Facebook miliknya berkata, tawaran biasiswa pengajian itu disalurkan oleh Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin).

Menurutnya, pemberiaan biasiswa itu bertujuan membolehkan pelajar tersebut meneruskan pengajian sama ada di dalam atau luar negeri.

“Dia (Muhammad Syahril) seorang pelajar soleh yang berbakti kepada orang tua disamping gigih dalam menuntut kecemerlangan ilmu. 

“Semoga menjadi contoh kepada yang lain dan sentiasa diberkati oleh Allah, Insya-Allah,” tulisnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Muhammad Syahril Saidi, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 meskipun menjaga arwah ibunya yang terlantar sakit menerima lebih 10 tawaran untuk menyambung pengajian dan biasiswa.

Muhammad Syahril, pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang, berkata, antara tawaran itu adalah dari Petronas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan kerajaan negeri termasuk universiti awam tempatan.

Terdahulu,  tular kisah Muhammad Syahril selepas pengorbanannya menjaga dan menyantuni ibu yang sakit turut berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam SPM.

Dia menerima keputusan SPM daripada rombongan sekolah yang hadir ke rumahnya apabila gagal hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit.

Bagaimanapun, ibu kepada pelajar berkenaan meninggal dunia pada Sabtu selepas menderita penyakit saraf.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya