Muhammad Syahril pilih jurusan agama

Muhammad Syahril pilih jurusan agama

MUHAMMAD Syahril Saidi (kanan) ketika menerima kunjungan Pengerusi YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani (kiri) di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan, hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi,18, yang memperoleh keputusan 11A walaupun menjaga arwah ibunya sudah memohon jurusan agama dan bahasa Arab di tiga buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) baru-baru ini.

Muhammad Syahril berkata, tiga IPT itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan jurusan agama selain bahasa Arab untuk kegunaan di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, saya agak terkilan kerana gagal untuk memohon pengajian luar negara di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ketika itu, saya berdepan situasi kematian arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tahun 2019.

“Saya tetap reda apabila lebih mengutamakan arwah ibu ketika itu. Kejayaan yang diperoleh dalam SPM 2022 belum cukup untuk membalas jasa baik dan sentuhan kasih ibu sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di rumahnya di Kampung Kandis di sini hari ini.

Muhammad Syahril memberitahu, buat masa ini, dia fokus untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah Nipah di sini yang terletak kira-kira 28 kilometer dari rumah.

Katanya, pengajiannya di maahad itu merupakan satu keputusan terbaik untuk mendalami ilmu dalam jurusan bahasa Arab sementara menunggu tawaran IPTA.

“Sebarang keputusan berhubung pengajian sama ada di IPTA atau pusat pengajian lain selepas ini bergantung kepada hasil keputusan perbincangan bersama lima kakak dan enam ibu bapa saudara.

“Ibu dan bapa saudara merupakan tonggak kekuatan saya dan lima adik-beradik. Kami sudah menganggap mereka seperti ibu bapa kandung yang menjadi tulang belakang utama keluarga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya