PETALING JAYA: Pelajar dari golongan B40 dan yang tidak menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) lebih cenderung untuk bekerja daripada belajar. Seorang remaja dari Kuala Terengganu yang hanya mahu dikenali sebagai Fikri, 20, berkata, dia berhenti sekolah semasa memasuki darjah lima kerana tidak minat belajar. “Saya berhenti sekolah sebab saya kurang berminat dalam pelajaran bukan kerana saya ada masalah kewangan, masalah keluarga mahupun masalah di sekolah. “Walaupun saya bersekolah sehingga darjah empat, saya tiada masalah untuk menulis, mengira dan membaca,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Fikri berkata, dia lebih minat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya