MB bantu penunggang motosikal kemalangan - Utusan Malaysia

MB bantu penunggang motosikal kemalangan

ONN HAFIZ GHAZI bersama-sama pasukan perubatan dan bomba membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan di Danga Bay, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Semasa dalam perjalanan ke pejabat, usai melakukan tinjauan jalan di  Senai dan Skudai, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berhenti untuk membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan di Jalan Danga Bay, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.49 pagi itu, beliau bersama-sama dengan petugas perubatan dan anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa di lokasi kejadian.

Utusan Malaysia dimaklumkan, isteri beliau, Datin Sharmin Fazlina Mohd. Shukor yang turut kebetulan melalui jalan berkenaan lebih awal menghentikan kenderaannya untuk membantu mangsa.

Selepas memastikan mangsa diberi rawatan awal oleh petugas perubatan dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin di lokasi kejadian, Onn Hafiz meneruskan perjalanan ke pejabatnya di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar memberitahu, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 8.49 pagi.

“Seramai 11 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

“Kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki yang cedera selepas motosikal jenis Honda 150R yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebuah kereta,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kereta sebelum menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan menggunakan ambulans untuk menerima rawatan susulan. 

Operasi tersebut tamat pada pukul 9.16 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya