Marcus, Mirable dahului hari pertama kejohanan TSMCG

Marcus, Mirable dahului hari pertama kejohanan TSMCG

AKSI seorang pemain remaja ketika melakukan tee off pada kejohanan TSMCG edisi ke-13 di KLGCC, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain golf remaja Persatuan Golf Malaysia (MGA), Marcus Lim dan Mirable Ting mendahului hari pertama kejohanan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) edisi ke-13 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), di sini hari ini.

Marcus mencatat 69 pukulan dua di bawah par untuk muncul selaku pendahulu kejohanan, meninggalkan Malcom Ting Siong Hung yang mengikuti rapat di tempat kedua dengan catatan 70 pukulan satu di bawah par.

Berada di tangga ketiga ialah Rizq Adam Rohizam dengan 71 pukulan par golf, manakala dua pemain iaitu Muhammad Fakhrul Aiman dan Muhammad Ajmal Amin Mohd. Fajri berkongsi kedudukan di tangga keempat selepas masing-masing merekod 72 pukulan satu di atas par

Sementara itu, bagi kategori wanita, Mirable Ting mendahului tangga teratas dengan selesa selepas menamatkan permainan hari pertama dengan catatan 67 pukulan empat di bawah par.

Pemain kelahiran Sarawak ini yang pernah memenangi beberapa siri kejohanan amatur meninggalkan Ng Jing Xuen di tangga kedua dan Charlayne Chong Shin di tempat ketiga. 

Ng Jing mencatat 71 pukulan satu di atas par, manakala Charlayne merekod 73 pukulan dua di atas par. – UTUSAN

LELAKI

Marcus Lim ® 69 -2 

Malcom Ting Siong Hung ® 70 -1 

Rizq Adam Rohizam ® 71 Par 

Muhammad Fakhrul Aiman 72 +1 

Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri® 72 +1

Akmal Aiman Mohd. Fauzi 74 +3

Austin Gan Zi Ming 74 +3

Isaac Chern Yi To ® 75 +4

Nateeshvar Anatha Ganesh ® 75 +4

Syed Nor Ismail Sha Husse ® 75 +4

WANITA

Mirable Ting ® 67 -4 

Ng Jing Xuen ® 72 +1

Charlayne Chong Shin ® 73 +2

Vanessa Chong Yi Wen 77 +6

Sohniya Chandra Mohan® 77 +6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya