Malaysia mahu UNHCR kongsi data pelarian

Malaysia mahu UNHCR kongsi data pelarian

AUKU
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap Suruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) bersetuju untuk berkongsi data mengenai pelarian yang berada di negara ini supaya kerajaan dapat membangunkan pangkalan datanya sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan adanya data itu juga, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh membuat tapisan untuk mengenal pasti lokasi pelarian dan jumlah mereka yang menggunakan dokumen palsu.

Katanya, beliau akan bertemu dengan wakil UNHCR bagi tujuan itu dan di Sabah pula, ia akan diuruskan Pejabat Ketua Menteri.

“Cuma sekarang masih di peringkat awal tetapi UNHCR menunjukkan kesediaan dengan kita,” katanya ketika menggulung usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau mengakui Malaysia masih tidak mempunyai pangkalan data untuk mengenal pasti jumlah pelarian yang ada di negara pada ketika ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sedia menjadi pemudah cara menerusi tiga aspek iaitu pendidikan, kesihatan dan pekerjaan, yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengumpulkan data lebih tepat berkaitan keberadaan pelarian.

“Sejak negara kita merdeka dan menerima kedatangan mereka, kita masih belum ada pangkalan data yang menyeluruh. Sekarang ini mengikut data UNHCR, ada 185,000 pelarian.

“Ada inisatif yang dibuat melalui pihak swasta yang diberi kebenaran KDN, mereka ada puluhan ribu sahaja dan tidak membayangkan keadaan sebenar.

“Kalau kita penuhi (aspek pendidikan, kesihatan dan pekerjaan) mereka, kita akan tahu berapa jumlah mereka dan di mana mereka berada,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut mengakui terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan apabila pelarian di Malaysia boleh memilih peluang pekerjaan tanpa disekat mana-mana pihak.

“Apabila kita ada data yang dipercayai, kita tahu lokasi mereka, umur mereka, jadi kita boleh melakukan padanan melalui libat urus,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya