LKIM sedia bantu anak nelayan gagal SPM

LKIM sedia bantu anak nelayan gagal SPM

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tengah) bersama nelayan yang menerima bantuan enjin bot, pukat dan tong ikan di D'Haritage Resort and Training Center, Bachok, Kelantan hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedia membantu anak-anak nelayan yang tidak berjaya dalam peperiksaan sehingga gagal mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil mengakui ramai dalam kalangan anak-anak nelayan yang kecundang namun tiada tindakan susulan diambil.

Menurutnya, susulan itu LKIM sedang mengumpul data bagi membolehkan tindakan segera diambil bagi memastikan mereka sekurang-kurangnya mendapat SPM.

“Pusat Latihan Marin di Cendering, Terengganu menawarkan pelbagai bidang kemahiran maritim yang boleh diceburi berasaskan minat dan keupayaan pelajar terbabit. Mereka ini boleh disalurkan ke pusat latihan kemahiran yang lebih sesuai dengan keupayaan masing-masing. 

“Paling utama, setiap anak-anak nelayan yang gagal dalam SPM  diberikan pendidikan yang sempurna bukan terikat kepada bidang akademik tetapi bidang kemahiran boleh membantu mereka berjaya di masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan nelayan di Bachok, di sini hari ini.

Muhammad Faiz memberitahu, pihaknya akan memohon kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) untuk mendapatkan data berkait dengan perkara tersebut.

Katanya, tindakan lanjut akan segera digerakkan sebaik sahaja data diperoleh melibatkan jumlah pelajar, kelulusan dan bidang kemahiran yang diminati menerusi PNK masing-masing.

“Selain pusat latihan marin kita juga ada Yayasan Nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kebangsaan yang akan menguruskan kebajikan pelajar atau anak-anak nelayan yang memerlukan bimbingan kemahiran dan kerjaya.

“Pelajar yang berminat mengikuti kursus kemahiran boleh memohon secara dalam talian Pusat Latihan Kemahiran Chendering atau mendapat maklumat dan bimbingan di mana-mana PNK atau pejabat LKIM daerah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya