Liga Super: Ailton percaya Kelantan United mampu melangkah lebih jauh

Liga Super: Ailton percaya Kelantan United mampu melangkah lebih jauh

STUART Wilkin (kiri) dikepung oleh dua pemain Kelantan United pada aksi Liga Super yang menyaksikan Sabah FC menang 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Di sebalik kekalahan 0-3 kepada Sabah FC pengendali baharu Kelantan United FC, Ailton Silva percaya masih ada sinar buat pasukannya untuk melangkah lebih jauh di pentas Liga Super.

Bagaimanapun, Ailton berkata, usaha tersebut memerlukan kerjasama serta kesungguhan daripada setiap pemain bersama mentaliti yang betul.

“Sebahagian daripada skuad ini merupakan pemain muda tetapi saya percaya ia boleh dilakukan. Saya pernah bermain dengan dua hingga tiga sistem sebelum ini tetapi ia memerlukan corak pemikiran yang betul. Sama ada mereka mahu melakukannya atau tidak.

“Sekiranya pemain-pemain datang dengan corak pemikiran yang betul bersama mentaliti juara, kita boleh ubah sistem dan mencapai sesuatu,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Ailton mendedahkan, persembahan pasukan kendaliannya pada separuh masa kedua menggunakan formasi 4-2-3-1 tampak menjadi apabila Sang Kijang Hijau dilihat lebih kerap melancarkan serangan ke arah kubu lawan.

Katanya, dia yakin jika Kelantan United boleh membawa masuk tiga lagi pemain baharu, ia akan cukup membantu pasukan untuk bersaing selepas ini.

“Hari ini kita telah memperkenalkan dua pemain baharu, iaitu seorang penjaga gol dan seorang penyerang.
Saya percaya jika kelab membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan bersama dua pemain tengah bertahan, kita akan melengkapkan pasukan.

“Pasa sama sama, saya yakin kita mampu menukar sistem ke arah corak permainan yang lebih menyerang untuk menjaringkan lebih banyak gol, tidak bolos dan seterusnya memenangi perlawanan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya