Lelaki maut, motosikal terbakar kemalangan dengan Proton Wira - Utusan Malaysia

Lelaki maut, motosikal terbakar kemalangan dengan Proton Wira

SEORANG penunggang maut apabila motosikalnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta Proton Wira sehingga terbakar di Simpang Perani, Jalan Aping Waha, malam tadi.

Kejadian pukul 9.07 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd. Azizi Muhamed, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Ismail A. Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kebakaran motosikal itu menerusi talian Mers999.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kota Tinggi dengan kekuatan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian. 

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat 

kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah motosikal telah musnah 90 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Wira. 

“PKO bertindak membuat pemadaman menggunakan  satu aliran salur bantu mula air pam jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya. 

“Terdapat seorang mangsa, iaitu lelaki dewasa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan akibat kemalangan itu dan bukan disebabkan kebakaran, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 10.08 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya