Lari tinggalkan rokok seludup RM225,000

Lari tinggalkan rokok seludup RM225,000

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dalam serbuan di tebing sungai berhampiran pintu air Kampung Kok Keli, di sini semalam-IHSAN PPM WILAYAH TIGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sekumpulan lelaki yang ligat memunggah rokok seludup bertindak meninggalkan barangan itu selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di tebing sungai berhampiran pintu air Kampung Kok Keli, di sini semalam.

PPM Wilayah Tiga dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan itu, berkata, serbuan itu hasil maklumat risikan yang dilakukan oleh pasukan berkenaan.

Menurutnya, sejurus kehadiran anggota PPM sekumpulan lelaki itu terus bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran bagi mengelakkan ditangkap.

“Pada masa sama, sebuah bot turut meluncur laju keluar dari kawasan tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota PPM.

“Pemeriksaan di lokasi turut menjumpai beberapa buah motosikal yang digunakan oleh suspek,” katantya.

PPM Wilayah Tiga memberitahu, pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan sejumlah kotak disyaki mengandungi rokok putih seludup.

Katanya, kesemua barangan rampasan dibawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga untuk tindakan lanjut.

“PPM sentiasa membuat rondaan di perairan dan daratan serta mengumpul risikan bagi membanteras aktiviti kontraban khususnya penyeludupan rokok yang tidak sah,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya