KPM cadang bentang RUU wajibkan pendidikan peringkat menengah di Parlimen

KPM cadang bentang RUU wajibkan pendidikan peringkat menengah di Parlimen

FADHLINA Sidek (dua kanan) beramah mesra dengan pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT : Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah di Dewan Rakyat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perkara tersebut sudah dalam penelitian dan perlu melalui urutan tertentu sebelum ia dapat dilaksanakan.

Menurutnya, RUU itu merupakan komitmen KPM bagi memastikan tiada anak-anak tercicir daripada mendapat pendidikan peringkat menengah.

“Ketika ini Dasar Pendidikan Wajib termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996 iaitu setakat darjah 6 sahaja.

“Tetapi menerusi komitmen ini, kita panjangkan dan sebar luas supaya masalah keciciran pendidikan itu dapat diatasi,” katanya semasa sidang media selepas Perasmian Sekolah Komprehensif 9 (K9) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, di sini hari ini.

Fadhlina memberitahu, pelaksanaan Sekolah K9 dilihat mampu menangani masalah keciciran pelajar di kawasan pedalaman.

Katanya, sehingga kini sebanyak 16 Sekolah Komprehensif K9 diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak serta Pahang.

“SK Pulau Beluru merupakan model sekolah K9 yang pertama di Kelantan. Sekolah K9 yang pertama ini menempatkan pelajar menengah bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga dengan menumpang bangunan sedia ada di SK Pulau Beluru.

“Cabaran utama ibu bapa di sini mereka terpaksa menanggung kos RM30 sehari untuk hantar anak ke sekolah kerana perlu menaiki bot,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya