KPDN lulus kuota tambahan 1.09 juta liter petrol, diesel - Utusan Malaysia

KPDN lulus kuota tambahan 1.09 juta liter petrol, diesel

SALAHUDDIN AYUB (tengah) menyerahkan haiwan korban dan akikah Rahmah di Pasaraya Econsave Bakri, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meluluskan kuota tambahan minyak petrol dan diesel sebanyak 1.09 juta liter bagi  untuk menampung keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kuota tambahan itu melibatkan 311,000 liter petrol RON95 dan 783,000 liter diesel bagi keperluan di lokasi-lokasi tumpuan terutamanya di kawasan sempadan negara, termasuk Johor Bahru.

“Sempena cuti Aidiladha sehingga Ahad ini, kita mengambil kira kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api, susulan penambahan kenderaan luar biasa di jalan raya untuk pulang ke kampung dan bercuti.

“Jadi, KPDN meluluskan kuota pukal sempadan bagi bulan ini untuk diagihkan kepada tiga syarikat petrol utama, iaitu Petronas (529,000 liter petrol dan diesel), Petron (320,000 liter petrol dan diesel) dan Chevron (245,000 liter petrol dan diesel),” katanya selepas menyerahkan haiwan korban dan akikah Rahmah di Pasaraya Econsave Bakri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Salahuddin berkata, pengguna tidak perlu bimbang tentang bekalan petrol RON95 dan diesel tahun ini yang dijangka mencukupi kerana KPDN sudah membuat persiapan awal dengan meluluskan kuota tambahan.

Tahun ini, dianggarkan lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula hari ini untuk pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidiladha, khamis ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya