Khidmat KP bomba dilanjut sampai hujung tahun ini - Utusan Malaysia

Khidmat KP bomba dilanjut sampai hujung tahun ini

ABDUL Wahab (tiga dari kiri) bersama Pengarah Bomba Negeri yang baharu dilantik di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Khidmat Datuk Abdul Wahab Mat Yasin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilanjutkan  sehingga 31 Disember ini.

Abdul Wahab dilantik sebagai KP JBPM pada Februari lalu menggantikan Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid yang bersara wajib pada 28 Mei lalu.

Susulan lanjutan perkhidmatan itu, Abdul Wahab bertekad memberi  khidmat terbaik dan memantapkan lagi perkhidmatan JBPM kepada masyarakat serta negara.

“Saya akan terus berusaha memastikan proses kerja selari dengan misi dan visi JBPM selain mempercepatkan proses memulihkan negara bagi menarik keyakinan pelabur luar.

“Apabila kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan negara dapat dipertingkatkan, maka ia akan meyakinkan kumpulan pelabur untuk datang ke Malaysia,” kata beliau selepas menyempurnakan Majlis Nota Serah Tugas Pengarah Bomba Negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau, penstrukturan semula dan pemprosesan pelan JBPM akan dipertingkatkan termasuk menganalisis bebanan tugas anggota bomba.

Terdahulu, Abdul Wahab menyaksikan majlis penyerahan nota serah tugas membabitkan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Awang Hidzel Awang Bujang sebagai Pengarah JBPM Kedah; Wan Md. Razali Wan Ismail (Pengarah JBPM Selangor); Siti Rohani Nadir (Pengarah JBPM Johor) dan Penguasa Kanan Bomba I, Ashari Johari sebagai Pengarah JBPM Putrajaya.

Awang Hidzel, Wan Md. Razali dan Siti Rohani dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred KB54.

Selain itu, seramai tiga pegawai turut dinaikan pangkat kepada Penguasa Bomba Gred KB52 iaitu Nor Ariffin Kamari, Md Ghezani Md Ghazi serta Hafisham Mohd Noor.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya