Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM2j hargai siswazah cemerlang - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM2j hargai siswazah cemerlang

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang siswazah cemerlang kelas pertama pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2023 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak hampir RM2 juta telah diperuntukan kerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) bagi bagi menghargai seramai 363 orang siswazah cemerlang kelas pertama dari negeri ini tahun ini.

Menteri Besar yang juga Pengerusi YNS, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan itu meliputi hadiah penghargaan sebanyak RM5,000 seorang kepada setiap siswazah cemerlang itu selain hapus kira pinjaman pendidikan YNS kepada 11 orang pelajar.

“Seramai 363 orang siswazah cemerlang menerima hadiah penghargaan sebanyak RM5,000 seorang beserta sijil daripada kerajaan Negeri Sembilan.

“Ia melibatkan perbelanjaan sebanyak lebih RM1.8 juta manakala, terdapat seramai 11 orang pelajar mendapat hapus kira pinjaman pendidikan daripada YNS berjumlah RM198,550,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Sesi 1 Tahun 2023 di sini.

Sementara itu, kata beliau, YNS terus komited memberikan khidmat sokongan dan bantuan kepada mahasiswa Negeri Sembilan termasuk pinjaman pendidikan sehingga ke tahap sarjana dan doktor falsafah.

“Turut diberikan bantuan seed money RM5,000 kepada setiap Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan Permanis IPTA, bantuan komputer riba, program kepimpinan, program khidmat masyarakat, program pembangunan insan serta kerjaya dan perantisan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara pihak YNS bersama syarikat Celcom Digi bagi pemberikan pakej istimewa bulanan kepada pelajar dan mahasiswa Negeri Sembilan untuk perkhidmatan jalur lebar internet lebih murah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN