Kementerian Kesihatan kesan kanak-kanak cicir imunisasi, terlepas

Kementerian Kesihatan kesan kanak-kanak cicir imunisasi, terlepas jadual rutin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan komited mengesan kanak-kanak yang tercicir imunisasi dan yang terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi mereka. 

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, langkah itu adalah untuk meminimumkan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin.

“Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi inisiatif imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer kementerian di seluruh negara,” menurut hantaran di Facebook, hari ini. 

Sebagai rekod, vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumokokus yang juga dikenali sebagai pneumokokus. 

Antara penyakit yang disebabkan bakteria ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput mata dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN