Kelantan United umum Ailton ganti Trucha

Kelantan United umum Ailton ganti Trucha

AILTON Silva (dua kanan) dimumkan sebagai ketua jurulatih baharu Kelantan United di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United mengumumkan bekas pengurus Chiangmai United Ailton Silva sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Tomas Trucha.

Pengarah Eksekutif Kelantan United Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, pelantikan Ailton dibuat berpandukan kepada pengalaman luas yang dimiliki oleh jurulatih berusia 56 tahun yang dilihat sudah masak dengan persekitaran bola sepak Asia Tenggara.

Menurutnya, kehadiran Ailton yang akan membentuk gandingan bersama penolong jurulatih Nazrulerwan Makmor dan Tengku Hazman Raja Hassan dilihat mampu menambah ‘sengat’ Sang Kijang Hijau untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super selepas menduduki tempat ketiga tercorot pada pusingan pertama.

“Kehadiran Ailton bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Trucha, selepas dia dilantik ke jawatan ketua jurulatih pasukan pembangunan bawah 23 tahun bagi saingan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Semasa bersama, Chiangrai United, Ailton berjaya memacu kelab tersebut muncul juara pada musim 2019 dan berjaya mengatasi beberapa kelab besar yang lain selepas mencatatkan 22 kemenangan seterusnya dinobatkan pengurus terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Zul Ikman memberitahu, pihaknya berharap pengalaman Ailton dalam kancah bola sepak Asia Tenggera dapat menaikkan semula kedudukan Sang Kijang Hijau dalam saingan Liga Super.

Utusan Malaysia 8 April lalu melaporkan, Kelantan United melakukan tindakan drastik dengan merehatkan Tomas Trucha sebagai pengendali pasukan berkenaan.

Tindakan merehatkan pengendali kelahiran Republik Chez itu dipercayai berpunca daripada aksi ‘lemau’ yang diperagakan oleh skuad Sang Kijang Hijau ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya