Kelantan FC terus jadi 'lauk' di Liga Super

Kelantan FC terus jadi ‘lauk’ di Liga Super

SERGIO Aguero (kiri) meraikan jaringannya pada aksi Liga Super menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC terus menjadi ‘lauk’ dalam saingan Liga Super selepas belasah Sri Pahang FC 0-5 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Kekalahan itu terus menguguhkan skuad The Red Warriors (TRW) di dasar Liga Super sementara skuad kendali Fandi Ahmad kekal di tangga ketiga.

Pada perlawanan itu, Tok Gajah membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh apabila Sergio Aguero bijak memanfaat peluang dari kegagalan barisan pertahanan tuan rumah mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dan dengan mudah melakukan ‘tap in’ untuk gol pertama Sri Pahang FC.

Tersentak dengan gol awal pelawat, TRW cuba bangkit menggempur kubu skuad Tok Gajah namun setiap serangan tuan rumah mudah dipatahkan.

Minit ke-21, peluang Kelantan FC menyamakan kedudukan hadir namun rembatan Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman sedikit melewati palang gol pelawat.

TRW terus buntu mencari gol penyamaan selepas itu apabila setiap serangan dilancarkan gagal membuahkan hasil dan kedudukan kekal 0-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sri Pahang FC tidak menunggu lama untuk menambah jarigan apabila tandukan Mohamad Fadhli Shas hasil sepakan penjuru berjaya menewaskan penjaga gawang Kelantan, Nik Mohd. Amin Ahmad pads minit ke-48.

 

KHAIRUL Helmi Johari (kiri) melompat untuk mendapatkan bola dari pemain Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Ketinggalan dua gol, Kelantan FC berusaha sedaya upaya untuk bangkit sementara Sri Pahang semakin garang menggempur kubu tuan rumah.

Memasuki minit ke-58 giliran Kepah Sherman merobek gawang TRW apabila tandukannya hasil sepakan penjuru diambil Aguero berjaya menewaskan Nik Mohd. Amin.

Tiga minit berselang, sekali lagi Nik Mohd. Amin tewas dalam situasi bola mati apabila sekali lagi tandukan Mohd. Fadhli merobek gawang Kelantan pada minit ke-61 selepas menerima bola sepakan percuma diambil Aguero.

Sherman menambah derita TRW apabila rembatannya pada minit ke-86 selepas berjaya melarikan bola ke dalam kawasan berbahaya tuan rumah gagal ditangkap kemas oleh Nik Mohd. Amin.

Kelantan terus mengerah tenaga untuk sekurang-kurangnya mencari satu gol, namun tiada lagi jaringan terhasil dan kedudukan kekal 0-5 sehingga ke tiupan wisel penamat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya