Kelantan bentuk jawatankuasa khas air minggu depan

Kelantan bentuk jawatankuasa khas air minggu depan

AZAMI Mohd. Nor (tengah) tekun mendengar penerangan mengenai perkembangan projek penggantian paip oleh Pengurus Besar AKSB, Dr. Nazmi Ghazali Azmi (dua dari kiri) di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan dijangka membentuk jawatankuasa khas untuk menangani masalah bekalan air di Kelantan sepertimana diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, berkemungkinan besar perkara tersebut akan diputuskan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Mesyuarat Exco nanti.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri dan memaklumkan peruntukan RM8 bilion diperlukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

“Hasil perbinangan itu Perdana Menteri meminta agar ditubuhkan satu jawatankuasa khusus melibatkan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi membincangkan kaedah pelaksanaan dan jumlah peruntukan sebenar yang diperlukan.

“Beliau (Anwar) memberikan tempoh seminggu. Jawatankuasa ini belum dibentuk oleh kerajaan negeri namun ia mungkin akan diputuskan oleh Menteri Besar dalam mesyuarat exco akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melakukan tinjauan projek penggantian paip Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di Pasir Tumbuh, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok itu memberitahu, langkah penyelesaian masalah bekalan air di negeri ini dirancang melalui dua fasa yang mana fasa pertama adalah penyelesaian jangkamasa panjang manakala fasa kedua untuk jangkamasa pendek serta sederhana.

Katanya, fasa pertama akan melibatkan pembinaan sistem Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Machang yang telah diluluskan di dalam pelan pusingan tiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) melibatkan belanja RM630 juta.

“Fasa satu akan turut melibatkan pembinaan loji dan tangki agihan melibatkan kos RM1.5 bilion manakala fasa kedua adalah projek penggantian paip sejauh 4,006 kilometer.

“Jarak paip yang telah diganti dan sedang berjalan adalah sejauh 412 kilometer dan masih berbaki 3,500 kilometer. Ia melibatkan belanja RM1.7 bilion dan ini adalah sebahagian daripada peruntukan RM8 bilion yang dipohon oleh kerajaan negeri,” ujarnya.

Azami berkata, peruntukan untuk projek penggantian paip ini telah dibincangkan bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dua minggu lepas dan kini berada dalam pertimbangan.

“Saya tidak pasti sama ada peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk di dalam peruntukan untuk projek penggantian paip kerana tidak disebutkan secara spesifik.

“Namun saya rasa ia termasuk di dalam peruntukan untuk projek penggantian paip ini. Perancangan kerajaan negeri adalah menggantikan paip mengikut jajahan dan jika ingin dipercepatkan, kita perlu tambah bilangan kontraktor,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya