Kedai emas rugi RM1j, premis dipecah masuk - Utusan Malaysia

Kedai emas rugi RM1j, premis dipecah masuk

PASUKAN polis menjalankan siasatan membabitkan sebuah premis kedai emas yang dipecah masuk di Bahau, Jempol yang dipercayai berlaku awal pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang pemilik kedai emas di Bahau, di sini, kerugian kira-kira RM1 juta selepas barangan kemas yang dipamerkan di premis perniagaan berkenaan dipecah masuk awal pagi tadi.

Kejadian berkenaan disedari pekerja yang ingin memulakan rutin operasi kedai emas tersebut kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut pemilik kedai emas yang hanya ingin dikenali sebagai Sarah, 40-an, dia terkejut dengan kejadian apatah lagi ia pertama kali berlaku membabitkan premis perniagaannya yang beroperasi kira-kira lapan tahun lalu.

“Menurut kata pekerja, semasa membuka premis ini, dia ada terbau sesuatu yang hangit dan kemudian nampak keadaan dalam premis yang tidak seperti biasa dan pintu belakang yang tidak pernah terbuka juga terbuka.

“Apabila dilihat, emas yang dipamerkan sudah banyak yang lesap lalu segera menghubungi saya. Saya tidak pasti berapa nilai barangan yang lesap kerana masih dalam siasatan namin menjangkakan sekitar lebih RM1 juta,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ujar Sarah yang sudah menceburkan diri dalam perniagaan emas sejak 13 tahun lalu, memberitahu sedih dan terkejut dengan kejadian tersebut kerana tidak pernah mengalaminya.

“Saya serahkan siasatan kepada pihak polis, bagi saya dengan apa yang terjadinya ini dan tertangkapnya pelaku itu bagus kerana dapat menyelamatkan peniaga emas yang lain, selain menyelesaikan banyak kes,” katanya lagi.

Dalam pada itu, tinjauan di lokasi mendapati Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah hadir bagi membuat siasatan.

Difahamkan, selain kedai emas berkenaan, dua lagi premis iaitu membabitkan premis kurier di Bahau turut dipecah masuk.

Sementara itu, laporan lanjut mengenai kejadian pecah masuk kedai emas akan dikeluarkan pihak polis dalam masa terdekat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya