'Kami niaga semua ikut undang-undang'

Kami niaga semua ikut undang-undang -peniaga warga Pakistan

MOHD. YUNOS SHAZ ZAFAR KHAN diamanahkan oleh bapanya untuk menguruskan kedai perabot yang diusahakan di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: “Kami usahakan secara betul, semua mengikut undang-undang.” Demikian kata-kata seorang pengusaha kedai perabot berketurunan Pakistan di simpang utama Felda Air Tawar 4 di sini.

Mohd. Yunos Shaz Zafar Khan, 23, berkata, dia kini mengambil alih perniagaan bapanya itu sejak dua tahun lalu dengan menyewa kedai dengan kadar RM1,100 sebulan.

“Ayah telah berkahwin dengan penduduk warga Malaysia dan kami sekarang duduk di Kota Tinggi. Kedai ini ayah beri kepercayaan kepada saya untuk uruskan.

“Kami usahakan secara betul, mengikut undang-undang ditetapkan. Ayah juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia berkata, ayahnya datang ke negara ini pada 2005 dan melakukan pelbagai pekerjaan sebelum membuka perusahaan perabot.

Anak sulung daripada empat beradik itu tidak menafikan ramai dalam kalangan warga senegaranya yang membuka perniagaan perabot dan karpet.

Sedar mencari rezeki di negara orang, Mohd Yunos berkata, ayahnya tidak pernah melanggar segala peraturan yang ditetapkan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Kami yakin Allah yang memberi rezeki, kami hanya perlu berusaha. Oleh itu, dalam bab undang-undang atau peraturan, ayah amat titik beratkan.

“Sekarang inilah rezeki kami dengan menjual perabot yang dapat memberi kami sekeluarga makan untuk meneruskan hidup di sini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya