Jualan Rahmah di 640 DUN sempena Aidiladha - Utusan Malaysia

Jualan Rahmah di 640 DUN sempena Aidiladha

FUZIAH SALLEH (tengah) menyampaikan hadiah kepada siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang muncul juara Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) pada Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sempena perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan Jualan Rahmah di kesemua 640 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, jualan itu akan diadakan bermula esok hingga 28 Jun ini dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, daging, beras dan ketupat pada harga lebih rendah.

“Pada perayaan Aidiladha ini, kementerian tidak mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Oleh sebab itu, kita adakan Jualan Rahmah yang menawarkan 16 barangan mengikut keperluan dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus,” katanya selepas merasmikan Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan 2023 di Savanna Hills Resort, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah turut mengalu-alukan pembabitan lebih ramai rakan strategik untuk mengadakan lebih daripada satu lokasi Jualan Rahmah di setiap DUN.

“Selain pemberian potongan harga, KPDN turut memperuntukkan subsidi bagi barangan terpilih. Jika ayam dijual pada harga RM10, kementerian akan memberikan subsidi sebanyak RM5,” katanya.

Mengenai bekalan barangan keperluan pada perayaan Aidiladha, Fuziah memberitahu, ketika ini pihaknya tidak menerima aduan tentang kekurangan bekalan seperti daging dan lembu.

“Kita dapat maklum balas daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bahawa bekalan mencukupi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya