Johor laksana operasi bersih Sg. Skudai secara besar-besaran - Utusan Malaysia

Johor laksana operasi bersih Sg. Skudai secara besar-besaran

ONN HAFIZ GHAZI (dua dari kanan) turut sama mengutip sampah-sarap pada Program Johor Bersih@Sungai Skudai di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan melaksanakan operasi pembersihan besar-besaran melibatkan 12 lokasi yang dikenal pasti menjadi punca pencemaran Sungai Skudai.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya akan menggembleng kekuatan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melaksanakan program tersebut.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji jumlah peruntukan yang diperlukan untuk membersihkan sungai berkenaan daripada terus tercemar.

“Tiga sungai di negeri ini berada dalam kedudukan 10 sungai paling tercemar di Malaysia dan antara sungai itu adalah Sungai Skudai. Terdahulu, kerajaan negeri telah mengenal pasti 12 lokasi punca pencemaran sungai ini yang lokasinya melibatkan beberapa PBT berlainan. Jadi, satu program pembersihan sampah di punca akan dilakukan.

“Usaha ini digerakkan menerusi inisiatif Johor Bersih yang akan diterajui Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar,” katanya selepas menyertai Program Johor Bersih @ Sungai Skudai di Kampung Bakar Batu, di sini hari ini.

Onn Hafiz yakin dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan  Persekutuan, sungai-sungai di Johor khususnya yang dikategorikan tercemar dapat dibersihkan.

Sebelum ini, Raven Kumar memaklumkan, antara 12 lokasi punca pencemaran Sungai Skudai termasuk Taman Impian Emas, Jeti Nelayan Tampoi Utama, Kampung Pasir, Jeti Nelayan Pengkalan Rinting, Pulau Danga Bayu dan Kampung Bakar Batu.

Lokasi ialah Log Boom Pusat Informasi, PPRT Melana Indah (Sungai Melana), Taman Damai Jaya, Kampung Laut, Kampung Pertanian, Kampung Separa dan Kampung Melayu Sengkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya