JKNK jangka demam denggi naik semasa Aidiladha, PRN

JKNK jangka demam denggi naik semasa Aidiladha, PRN

DR. Zaini Hussin (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan Pelancaran One Hour Malaysia Clean UP Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Iktikaf Manal Jaya 2 Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangkakan kes demam denggi di negeri ini akan meningkat susulan pergerakan keluar masuk penduduk sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Husin berkata, kembimbangan itu tampak berasas apabila kes denggi di negeri ini meningkat dengan lonjakan sebanyak 830 kes iaitu 251.7 peratus bagi tempoh bulan Januari sehingga 17 Jun lepas berbanding 236 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Menurutnya, pada masa situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini yang diselang-seli dengan hujan dan panas merupakan keadaan kondusif untuk nyamuk Aedes membiak sekali gus menjadi risiko kepada penularan demam denggi.

“Oleh itu, semua pihak disarankan supaya sentiasa memeriksa dan memastikan kawasan di persekitaran kediaman  rumah seperti lorong belakang, kawasan kebun tanaman serta tanah lot kosong yang berhampiran bebas dari bekas-bekas berpotensi yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Tindakan proaktif untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat menyelamatkan diri, keluarga, komuniti dan seluruh masyarakat dari ancaman demam denggi yang boleh meragut nyawa,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan Pelancaran One Hour Malaysia Clean UP Peringkat Negeri Kelantan di pekarangan Masjid Iktikaf Manal Jaya 2 di sini hari ini.

Mengulas mengenai inisiatif One Hour Malaysia Clean Up, Dr. Zaini berkata  ia merupakan salah satu daripada komponen advokasi dan mobilisasi sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan persekitaran bagi mencecah daripada berlakunya peningkatan penyakit berkaitan persekitaran terutama demam denggi. 

Katanya, JKNK menyeru agar usaha ini disambut baik oleh masyarakat untuk turut melakukan aktiviti gotong-royong secara sukarela selama satu jam setiap bulan di setiap kawasan perumahan, tempat kerja, institusi pendidikan bagi menghapuskan tempat pembiakan Aedes.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya