Jerantut catat rekod tertinggi rampasan ubat, kosmetik haram bernilai RM1 juta - Utusan Malaysia

Jerantut catat rekod tertinggi rampasan ubat, kosmetik haram bernilai RM1 juta

NOR AZIMI Yunus (tengah) menunjukkan ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dirampas di seluruh negeri ini dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Daerah Jerantut mencatat rekod rampasan ubat dan kosmetik haram tertinggi bagi negeri ini dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1 juta, dalam tempoh lima tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nor Azimi Yunus, sebanyak 114,430 ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dirampas di seluruh negeri ini menerusi serbuan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di 382 premis bermula 2018.

“Tahun ini sahaja kita sudah membuat serbuan sebanyak 42 kes dengan nilai rampasan RM13,340 unit ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan nilai RM230,000.

“Terkini, kami melakukan serbuan pada 12 Jun yang lalu yang kita namakan Ops Shine di Temerloh dan Kuantan membabitkan dua premis dengan rampasan bernilai RM193,000,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sahabat Ubat Pahang (Sobat) di pejabat JKNP di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, setakat ini, sebanyak 15 aduan diterima berkenaan ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi berbanding serbuan yang kerap dijalankan oleh JKNP kerana orang ramai masih tidak tahu cara membuat aduan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menerusi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) memperkenalkan Sobat ekoran peningkatan trend pemasaran penjualan ubat dan kosmetik haram secara dalam talian.

“Sobat Pahang merupakan pusat sehenti untuk memudahkan orang awam menyalurkan aduan ke CPF Pahang dan mendapatkan maklumat berkenaan ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi. Orang awam hanya perlu mengimbas QR code untuk mengakses pautan Sobat Pahang. QR code ini sudah diedarkan di premis-premis farmasi komuniti dan klinik perubatan swasta dan akan diperluaskan edaran ke seluruh negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya