Jangan beri gelaran negatif - Hasni - Utusan Malaysia

Jangan beri gelaran negatif – Hasni

HASNI MOHAMMAD (kanan) menerima replika cek Southern Volunteers Prihatin daripada Mohd. Hairi di Kota Iskandar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kepimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberikan gelaran negatif kepada rakan-rakan dalam parti.

Sambil membidas tindakan sedemikian, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad membidas berkata, tindakan sedemikian tidak akan membantu mewujudkan sinergi kerjasama baik dalam kerajaan perpaduan, sebaliknya boleh menimbulkan ketidakstabilan.

Justeru, bekas Menteri Besar Johor itu berkata, banyak panggilan lain khususnya yang positif boleh diberi apatah lagi kepada individu yang telah menabur jasa kepada masyarakat dan parti.

“Ini bukan masanya untuk melabel sesiapa sebagai ‘warlord’, pengkhianat atau parasit, itu semua tidak sesuai kerana ia bukannya pendekatan untuk mencari kebaikan, lebih lagi dalam usaha menstabilkan kerajaan.

“Begitu juga dengan usaha memberi ruang merayu ke atas mereka yang diambil tindakan, dipecat atau digantung kerana apa juga kaedahnya, masalah yang ada tidak selesai. Jadi, apa baiknya kalau ditambah dengan memberi label negatif kepada orang tertentu dan pemimpin tertentu,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Replika Cek Southern Volunteers Prihatin yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah, di sini hari ini.

Kelmarin, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman meminta pemimpin dan ahli UMNO yang mempunyai rasa kurang senang dengan hala tuju baharu parti supaya tidak menjadi parasit yang hanya akan merosakkan parti.

Sementara itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengakui maklum dirinya dikaitkan dengan desas-desus beberapa pemimpin UMNO Johor bakal beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Ya, saya ada terima pertanyaan berhubung perkara itu, tetapi saya tidak mahu jawab kerana pada saya, penjelasan tidak akan memberi sebarang erti kalau masih dilabel dengan nama-nama sedemikian sedangkan boleh sahaja dipanggil dengan nama-nama yang lebih baik.

“Jadi saya tidak mahu ambil endah langsung pasal itu kerana situasi politik semasa memerlukan kita untuk terus pandang ke depan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya