Jangan Ali Baba lesen perniagaan - Jafni - Utusan Malaysia

Jangan Ali Baba lesen perniagaan – Jafni

MOHD. JAFNI MD. SHUKOR melakukan gimik pelancaran Majlis Pemerkasaan Sektor Pelesenan PBT Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Orang ramai yang memiliki lesen perniagaan diingatkan supaya tidak menyewakan atau memberi kepada pihak ketiga untuk menjalankan perniagaan. 

Ini kerana sekiranya dikesan oleh pihak berkuasa tempatan, lesen tersebut akan ditarik balik kerana melanggar syarat ditetapkan ketika membuat permohonan. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, jika dikesan melakukan tindakan berkenaan, lesen mereka juga akan dibatalkan serta-merta.

“Bukan sahaja membenarkan warga asing menggunakan lesen miliknya, membenarkan warga tempatan berniaga atas lesen miliknya juga akan berdepan dengan tindakan sama. 

“Kita juga sebenarnya tidak pernah mengeluarkan kedua-dua jenis lesen ini kepada warga asing dan jika ternampak warga asing berniaga, sama ada di pasar pagi atau pasar malam, orang ramai boleh membuat aduan kepada PBT,” katanya selepas melancarkan Majlis Pemerkasaan Sektor Pelesenan PBT Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini. 

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.

Dalam pada itu Mohd. Jafni memberitahu, 16 PBT di negeri ini akan memendekkan waktu maksimum kelulusan permohonan kedua-dua jenis lesen tersebut bagi membantu orang ramai menjalankan perniagaan.

“Sebelum ini kelulusan lesen ini adalah antara 30 hingga 60 hari bekerja, namun selepas ini kelulusan berkenaan hanyalah dalam tempoh 24 jam atau satu hari bekerja.

“Kita juga memudahkan urusan yang lain seperti mengurangkan dokumen semasa permohonan daripada sembilan kepada tiga dokumen sahaja serta daripada 13 syarat kepada hanya tiga syarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya