Jalan mati, penyeludup lari tinggalkan 1,000 liter petrol

Jalan mati, penyeludup lari tinggalkan 1,000 liter petrol

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan memeriksa kenderaan yang digunakan untuk tujuan penyeludupan dalam serbuan di Tumpat, Kelantan-UTUSAN/IHSAN KPDN Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penyeludup bertindak meninggalkan sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang mengandungi 1,000 liter minyak petrol selepas laluan digunakan itu merupakan jalan mati semasa melarikan diri daripada ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kelmarin.

Dalam serbuan pukul 4.40 pagi itu suspek telah bertindak meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan Tanjung Chat di sini selepas dikerja sepasukan anggota KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga yang melakukan menerusi Op Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, sejurus menyedari kereta diekori oleh anggota penguat kuasa, suspek telah bertindak memecut laju melalui jalan Pengkalan Chepa ke Tanjung Chat.

“Bagaimanapun, laluan yang digunakan oleh suspek itu merupakan jalan mati menyebabkan dia terus bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kereta tersebut.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 1,000 liter minyak petrol di dalam tong jerikin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, dalam serbuan berasingan di Tumpat pihaknya berjaya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Wakaf King, Kepulau di sini pada pukul 7.40 pagi.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan menemui tangki tambahan yang sudah diubahsuai mengandungi 80 liter minyak petrol untuk tujuan penyeludupan.

“Nilai keseluruhan kedua-dua itu rampasan dianggarkan berjumlah RM22,214 dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Kelantan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya