Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal - Utusan Malaysia

Hospital Pasir Gudang dijangka siap lebih awal

LING TIAN SOON (tengah) menyerahkan perkakasan bukan perubatan kepada Wad Bunga Raya di HSA, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Projek pembinaan Hospital Pasir Gudang, di sini dijangka dapat disiapkan lebih awal daripada jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, setakat 15 Mei lalu, kemajuan projek pembinaannya berada pada tahap 40.47 peratus, melangkaui jangkaan asal  27.96 peratus bagi tempoh berkenaan.

“Kita lihat pembinaan Hospital Pasir Gudang mampu disiapkan dua bulan lebih awal daripada jangkaan kita  iaitu pada hujung tahun 2024.

“Lebih baik jika ia dapat disiapkan lebih awal dan kita mempunyai masa untuk melengkapkan peralatan di hospital tersebut untuk beroperasi sepenuhnya pada 2025,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Perkakasan Bukan Perubatan di Wad Bunga Raya di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Buddha’s Light International Association Southern Malaysia, Lim Poy Tuang.

Sumbangan tersebut diberikan oleh Buddha’s Light International Association kepada HSA berupa 300 meja pesakit dan lokar yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

Tian Soon berkata, dengan adanya Hospital Pasir Gudang nanti akan dapat memberikan kemudahan perubatan kepada penduduk di kawasan sekitar,  sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Pembangunan Hospital Pasir Gudang di kawasan Bandar Seri Alam bermula pada September 2020 dan dilengkapi dengan 304 katil, lapan bilik bedah, 65 bilik konsultasi bagi rawatan pesakit luar, pusat rawatan harian dan 30 kerusi dialisis.

Hospital serba baharu itu juga dilengkapi dengan farmasi pandu lalu, 16 bilik bersalin, 34 kuarters jururawat dan hampir 1,000 ruang parkir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya