Henti bertelagah sesama sendiri, kumpul kekuatan hadapi PRN - Utusan Malaysia

Henti bertelagah sesama sendiri, kumpul kekuatan hadapi PRN

ABDUL RAZAK ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Pemimpin UMNO perlu berhenti bertelagah sesama sendiri sebaliknya kembali merapatkan saf dan bersatu padu mengumpul kekuatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar, Abdul Razak Abdul Rahim berkata, pertelingkahan dan krisis antara pemimpin hanya akan merugikan parti memandangkan akar umbi sedang bersemangat bagi berdepan PRN.

Katanya, UMNO berdepan risiko sekiranya masih ada pemimpin gagal menguruskan krisis dalaman parti dengan sebaiknya.

“Dalam mana-mana organisasi sekali pun, jika peringkat atasan berdepan krisis atau serangan, maka ia tidak dapat bertahan dan akan tumbang. Disebabkan itulah pemimpin perlu menguruskan krisis dengan sebaiknya dan hentikan melakukan serangan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, setiap pimpinan parti perlu mengenepikan krisis dalaman dan merapatkan semula saf antara satu sama lain dalam mendepani PRN.

“Kita perlu ingat yang UMNO ini adalah parti perjuangan dan bukan persendirian, jadi kita kena hentikan krisis dalaman dengan merapatkan saf antara satu sama lain,” katanya.

Tambahnya, UMNO telah membantu rakyat sejak dahulu lagi malah pelbagai inisiatif diwujudkan dalam meringankan bebanan golongan yang memerlukan.

“Disebabkan itulah kita kena pertahankan UMNO dan kuatkan semula kepimpinan dalam menghadapi PRN nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya