Harimau kumbang masuk perangkap - Utusan Malaysia

Harimau kumbang masuk perangkap

TANGKAP layar video seekor harimau kumbang jantan yang ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Solok Baing, Rembau, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seekor harimau kumbang jantan ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan yang dipasang di Kampung Solok Baing, di sini, kelmarin.

Seorang penternak lembu di kampung itu, Badrul Sham Ithnin, 39, berkata, haiwan liar itu dipercayai masuk ke dalam perangkap sekitar tengah malam kelmarin selepas kelibatnya terakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kandang seorang rakannnya yang juga penternak.

“Dua tahun lalu, ada seekor harimau kumbang masuk ke dalam perangkap di kampung ini dan ini merupakan kejadian kali kedua.

“Memang sebelum ini kami tahu harimau kumbang ada berhampiran perkampungan ini namun ia tidak berani membaham binatang ternakan.

“Cuma dua tahun kebelakangan ini sahaja haiwan ini makin berani membaham binatang ternakan dan empat ekor anak lembu saya juga sudah menjadi mangsa harimau kumbang ini,” katanya ketika ditemui.

Ujar Badrul Sham walaupun sudah dua ekor harimau kumbang jantan masuk ke dalam perangkap namun penduduk masih bimbang kerana dipercayai masih terdapat harimau kumbang betina yang berlegar-legar di kawasan berhampiran.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya