Hanya hantar jentera komited, berpengalaman - Ahmad - Utusan Malaysia

Hanya hantar jentera komited, berpengalaman – Ahmad

AHMAD MASLAN (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada pelanggan sempena lawatan ke Wisma BSN Johor di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Semua 26 Ketua UMNO Bahagian di negeri ini diingatkan supaya menghantar jentera yang komited dan berpengalaman untuk membantu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pada PRN tersebut, UMNO Johor akan menjadi keluarga angkat bagi BN-PH di Negeri Sembilan.

“Kita mahu jentera yang dihantar mempunyai pengalaman dan tahu pasal pilihan raya untuk bantu di bahagian-bahagian yang mereka ditugaskan.

“Mereka (jentera) jangan tunggu sehingga bubar DUN (Dewan Undangan Negeri) atau ketika hari penamaan calon baru tunjuk muka. 

“Ini masanya untuk kita membalas budi mereka yang pernah membantu Johor menang (PRN) sebelum ini sehingga menang 40 daripada 56 kerusi DUN,” katanya ketika tanya tentang persiapan UMNO Johor untuk membantu PRN di enam negeri tidak lama lagi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan ditemui selepas melawat Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah BSN Johor, Mohamad Zulkarnain Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasnurizah Hassan.

Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian tidak mahu jentera yang dihantar bertugas sambil lewa dan hanya datang pada waktu pagi dan pulang pada malamnya.

Menurutnya, setiap bahagian akan menghantar pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di bahagian-bahagian di Negeri Sembilan, contohnya, UMNO Bahagian Pontian akan membantu di Port Dickson. 

Selain Negeri Sembilan, PRN turut akan diadakan di  Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya