Haji hadiah paling bernilai bagi Subra

Haji hadiah paling bernilai bagi Subra

SAIFUL Bahari Abdullah dan Meriam Md. Esa melihat cenderahati yang dijual di Hotel Fajer Al Badia, Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

haji selepas bergelar muslim sejak 41 tahun lalu merupakan hadiah paling bernilai dalam hidup seorang lelaki yang terbuka hatinya untuk memeluk Islam selepas sering mendengar laungan azan maghrib dari sebuah masjid.

Saiful Bahari Abdullah, 68, berkata, azan yang dikumandangkan bilal di sebuah masjid di Sentul Pasar Dalam, Kuala Lumpur itu begitu syahdu hinggakan dia akan berhenti seketika untuk menghayati setiap lafaznya.

Katanya, situasi itu berlaku hampir setiap hari ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah sesi petang ke rumah­snya di kawasan berhampiran.

“Suara bilal itu pun sedap didengar sampaikan saya hafal setiap bait azan. Ketika berusia 28 tahun, saya berjumpa dengan seorang imam dikenali sebagai Ghani yang pandai berbahasa Inggeris untuk mendengar nasihat dan mendapatkan pandangan mengenai agama Islam daripadanya.

“Ia membuatkan hati saya tak tertahan sebelum saya membulatkan tekad untuk memeluk Islam melalui bekas mufti Melaka, Datuk Seri Rashid Redza Md. Salleh pada tahun 1982. Saya terus tukar nama Subramaniam kepada Saiful Bahari,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Saiful Bahari, ibunya tidak menghalangnya berbuat demikian, malah wanita itu memintanya solat di rumah setiap kali mendengar azan dikumandangkan.

Tambahnya, setahun kemudian, dia bertemu jodohnya, Meriam Md. Esa, 69, dan melangsungkan perkahwinan atas persetujuan dan restu keluarga. Mereka dikurniakan dua anak perempuan, Siti Sarah, 38, dan Siti Farah, 33, serta lima cucu.

Menceritakan mengenai perjalanan hajinya, Saiful Bahari menambah, dia tidak menyangka akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci sedangkan masih ramai orang yang Islam sejak lahir belum ada peluang sedemikian.

“Kami daftar pada 2008. Saya kemudian menerima mesej yang meminta supaya kami ke pejabat Tabung Haji (TH) Alor Gajah pada Mac lalu.

“Saya enggan layan sebab ingatkan scam. Namun, selepas beberapa kali, dia akhirnya menjawab juga panggilan itu dan baru tahu ia benar dan terus membuat persiapan,’’ katanya yang mengikuti kursus di media sosial kerana sudah terlewat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya