Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar - Utusan Malaysia

Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar

SEORANG guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meliwat seorang pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang guru di sebuah maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki.

Tertuduh, Mohamad Hamzi Mohd. Kasmadi, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Siti Noraidi Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah bilik asrama maahad tahfiz di Benut, Pontian pada Julai dan November tahun lalu, serta Mac tahun ini.

Dia yang juga warden asrama didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin meminta jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Namun, peguam bela tertuduh, Omar Kutty Abdul Aziz memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh berpendapatan sederhana.

“Dia menerima gaji sebanyak RM1,800 sebulan dan perlu menanggung isteri yang kini sarat mengandung anak pertama,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat-syarat tambahan.

Siti Noraidi turut menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya