Guru Besar bersara dirai naik kereta kuda

Guru Besar bersara dirai naik kereta kuda

AZHAR Darus (tengah) diraikan dalam majlis persaraan beliau yang penuh meriah termasuk diarak menaiki kereta kuda bersama isteri, Noordiran Yatim di SK Sena, Kangar, Perlis, semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Azhar Darus, 58, diraikan dalam majlis persaraan penuh meriah bersama guru dan murid-murid di sekolah itu, semalam.

Lebih istimewa, Azhar juga diarak menaiki kereta kuda bersama isteri, Noordiran Yatim pada majlis berkenaan yang pastinya meninggalkan kenangan terindah buat guru yang menjadi kesayangan ramai itu.

Selain guru dan murid sekolah berkenaan, rakan-rakan guru lain dari Sekolah Tengku Budriah (STB) dan SK Jalan Raja Syed Alwi iaitu sekolah yang Azhar pernah menjadi Guru Besar turut hadir meraikan beliau.

Azhar yang bergelar pendidik sejak 1989 itu berkata, dia amat terharu dan menghargai dengan sambutan yang diberikan itu termasuk kehadiran ramai rakan guru lain dari sekolah yang pernah beliau berkhidmat.

Meskipun mengakui perasaannya memang sedih untuk meninggalkan dunia pendidikan yang telah diceburinya lebih 30 tahun, sepanjang bergelar guru dan Guru Besar di beberapa sekolah sebelum ini semuanya kenangan manis yang sentiasa tersemat di hati.

Selain SK Sena, Azhar juga pernah menjadi Guru Besar SK Jalan Raja Syed Alwi dari 2015-2016 dan STB dari 2017 hingga 2022 dan pernah empat kali menerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Bapa kepada empat orang anak itu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pernah memegang jawatang Bendahari Majlis Guru Besar Perlis selain sebagai Ketua Jurulatih Utama Bahasa Melayu program Tenaga Diiperbaharui dan Kecekapan Tenaga.

Azhar juga cukup dihormati dan sentiasa dikenang dalam kalangan bekas-bekas murid khususnya di STB sejak awal 90-an sebagai jurulatih pasukan bola sepak sekolah.

Malah, sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan, di awal pembabitannya sebagai seorang guru pada tahun 1989 di awal usia 22 tahun, Azhar diberi peranan menjadi jurulatih pasukan bola sepak sekolah.

Sepanjang bergelar jurulatih di SK Padang Besar Utara selama setahun pada 1990 dan STB dari 1991 sehingga 2002, pelbagai kejayaan dan kejuaraan berjaya dinikmati oleh sekolah berkenaan yang menjadi antara pasukan yang digeruni di Perlis.

Dan di akhir perkhidmatan beliau, Azhar kembali ‘turun padang’ menjadi jurulatih pasukan bola sepak di SK Sena sekali gus mengembalikan nostalgia dan kenangan manisnya ketika usia muda dahulu.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya