Gelaran datuk palsu pendakwah bebas, mahkamah tolak permohonan reman

Gelaran datuk palsu pendakwah bebas, mahkamah tolak permohonan reman

PERMOHONAN reman terhadap seorang pendakwah bebas (dua dari kanan) ditolak Mahkamah Majistret Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini menolak permohonan reman dikemukakan terhadap seorang pendakwah bebas berhubung kes pemalsuan gelaran datuk.

Penolakan perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali.

Terdahulu, pendakwah bebas berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, pada pukul 9.30 pagi dengan diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili suspek, Nur Iman Nor Azmi, mahkamah telah menolak permohonan reman tersebut dan anak guamnya juga berjanji akan memberi kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil selepas ini.

“Untuk ke hadapan, kita akan berbincang dengan anak guam berhubung langkah seterusnya,” katanya.

Tambahnya, mahkamah juga membenarkan permohonan reman itu memandangkan anak guamnya merupakan individu yang dikenali dan tidak berpotensi untuk melarikan diri.

“Kes tersebut masih dalam siasatan buat masa ini dan anak guam kami bersedia memberi kerjasama kepada polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop turut mengesahkan mengenai penahanan suspek sebelum ini.

Menurut Yusharifuddin, pada 1 Mei lalu, satu hantaran menerusi laman Facebook telah dikenalpasti menggunakan gelaran dan anugerah Datuk dipercayai palsu pada laman akaun berkenaan.

“Subjek telah menggunakan gelaran disyaki tidak diiktiraf dan sengaja menggunakan gelaran Datuk,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya