FASA 2 SUKE alternatif pendekkan perjalanan penguna

Fasa 2 SUKE pendekkan masa perjalanan Sri Petaling ke Hulu Kelang

ALEXANDER Nanta Linggi (dua kanan) menandatangani plak perasmian Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai, Cheras, hari ini. Turut kelihatan, Ikmal Hijaz Hashim (kanan). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembukaan Fasa 2 Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal menjadi laluan alternatif terbaik bagi pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ahli Lembaga Pengarah Projek Lintasan Kota Holding Sdn Bhd (PROLINTAS), Datuk Ikmal Hijaz Hashim berkata, pembukaan fasa baharu tersebut dijangka dapat menampung kapasiti trafik sebanyak 100,000 kenderaan sehari.

Menurutnya, pembukaan Fasa 2 sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling ke Cheras-Kajang bakal melengkapkan keseluruhan jajaran utama Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer dari Persimpangan Sri Petaling ke Persimpangan Bukit Antarabangsa.

“Kesalinghubungan yang lebih baik ini memberi manfaat kepada pengguna dengan melancarkan perjalanan dan menjimatkan masa,” katanya ketika memberi ucapan dalam majlis perasmian Fasa 2 SUKE hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Plaza Tol Alam Damai.

Tambahnya, pembukaan Fasa 1 Lebuh raya SUKE sebelum ini merekodkan purata trafik hari melebihi 60,000 kenderaan setiap hari.

Justeru itu, pembukaan fasa terbaharu itu akan melengkapkan objektif utama Lebuhraya SUKE iaitu menyuraikan kepadatan trafik khususnya di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata, ia juga dapat memendekkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Hulu Kelang kepada 25 minit, berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

Dalam pada itu, Ikmal Hijaz berkata, satu lagi persimpangan iaitu jalan susur ke Jalan Alam Damai masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun ini. 

Jelas beliau, setakat 4 Jun tahun ini  projek Lebuhraya SUKE ini telah mencapai secara keseluruhannya mencapai  kemajuan pembinaan sebanyak 99.54 peratus.

Lebuhraya SUKE merupakan rangkaian lebuh raya dengan menghubungkan Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA), Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuh raya Salak. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN