Dua maut termasuk kanak-kanak tiga tahun dalam nahas di Bukit Tangga - Utusan Malaysia

Dua maut termasuk kanak-kanak tiga tahun dalam nahas di Bukit Tangga

KEADAAN kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, Jelebu malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Dua maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas terbabit nahas dua buah kenderaan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang, dekat Bukit Tangga, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang telah hilang kawalan lalu memasuki ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban. 

“Akibat daripada kemalangan tersebut salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan penunggang motosikal seorang lelaki berusia 48 tahun telah meninggal dunia semasa menerima rawatan.

“Bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mereka juga boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Inspektor Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya