Dua lelaki ditangkap miliki senapang angin buatan sendiri - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditangkap miliki senapang angin buatan sendiri

DUA laras senapang angin yang dirampas daripada dua orang lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah pondok di dalam kebun getah di Felda Lui Selatan 2, Jempol semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Dua orang lelaki ditangkap polis selepas memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah pondok di dalam kebun getah di Felda Lui Selatan 2, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kira-kira pukul 2 petang, polis dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah menjalankan Op Tapis dan melakukan serbuan di lokasi berkenaan.

“Kedua-dua suspek berusia 30 dan 25 tahun disyaki merupakan penagih dadah. Hasil soal siasat mendapati salah seorang suspek telah mengaku membuat sendiri senapang angin yang telah dirampas untuk kegunaan memburu haiwan di hutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, dalam serbuan itu juga, polis turut merampas 40 biji ball bearing dan juga dadah jenis syabu.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1950, Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Hafiz lagi, bagi melengkapkan kertas siasatan, kedua-dua suspek akan ditahan reman pada hari ini di Mahkamah Bahau di sini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya