d'Tempat Country Club anjur Festival Bangkok - Utusan Malaysia

d’Tempat Country Club anjur Festival Bangkok

SEBANYAK 30 gerai makanan yang menampilkan citarasa Thailand turut tersedia pada penganjuran karnival ‘Weekend in Bangkok’ anjuran Matrix Concepts pada 30 Jun hingga 2 Julai ini bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menerusi unit perniagaannya, d’Tempat Country Club akan menganjurkan Festival Bangkok pada 30 Jun hingga 2 Julai ini.

Pengurus Operasi d’Tempat Country Club, Tom Lim berkata, festival bertemakan Weekend in Bangkok itu akan diadakan d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini merupakan penganjuran kali kedua selepas kali terakhir diadakan pada 2019.

“Kami percaya penganjuran karnival seperti ini dapat membawa keunikan dan kebudayaan Thailand khususnya Bangkok kepada masyarakat di sini. Orang ramai berpeluang melihat sendiri keunikan budaya masyarakat dan makanan Bangkok di Seremban,” katanya hari ini.

Menurutnya, sepanjang karnival itu, kawasan d’Tempat Country Club akan turut diterangi dan dihiasi dengan suasana bertemakan Thailand.

\”Pelbagai acara menarik diadakan termasuk demonstrasi masakan Thailand, bot pedal untuk kanak-kanak dan persembahan Muay Thai selain 30 gerai makanan yang menampilkan pelbagai citarasa Thailand,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh layari laman web d’Tempat Country Club, www.dtempat.com atau laman sosial Facebook dan Instagram @dtempatofficial untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya