Dewan Muslimat Pas Kelantan harap lebih ramai wanita diangkat sebagai calon PRN

Dewan Muslimat Pas Kelantan harap lebih ramai wanita diangkat sebagai calon PRN

MUMTAZ  Md.Nawi (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Muslimat Pas Kelantan berharap lebih ramai calon wanita dapat diketengahkan oleh parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Ketuanya, Datuk Mumtaz Md. Nawi, berkata, bagaimanapun segala keputusan dalam menentukan calon di bawah bidang kuasa kepimpinan tertinggi negeri, pusat dan Majlis Syura Ulama.

Menurutnya, pemilihan itu perlu dilakukan mengikut kesesuaian tempat dan semua itu akan ditentukan oleh parti.

“Nak cari orang paling tepat untuk menjadi calon bukan mudah dan kita akan memberi sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang terbaik.

“Kita di peringkat jentera akan tetap bergerak walaupun sesiapa sahaja calon yang ditetapkan,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dasar Anak Yatim Islah Kelantan dan Dasar Orang Kurang Upaya Muqarrabun Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mumtaz memberitahu, pihaknya yakin kepimpinan parti tidak pernah mengenepikan peranan golongan muslimat di negeri ini.

“Sekarang ini, kita sudah ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),  ahli Parlimen (2) dan seorang Senator. Jadi kalau boleh tambah menjadi tiga ia sudah cukup besar,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya