DAP sudah move on, tidak mohon maaf - Anthony Loke

DAP sudah move on, tidak mohon maaf – Anthony Loke

Anthony Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: DAP membuat keputusan hanya mengambil kira kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam  menoktahkan permusuhan parti itu dengan UMNO sebelum ini.

Oleh itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, tiada keperluan parti tersebut untuk memohon maaf  kepada UMNO sebaliknya memohon kedua-dua parti bergerak ke hadapan dengan melupakan sengketa lama.

“Kalau kita terus berpolemik kisah silam, ia takkan berkesudahan. Kerajaan sudah terbentuk lebih enam bulan dan kita telah berfungsi, kita sudah duduk dalam jemaah menteri setiap minggu, lebih enam bulan.

“Sekarang ini tidak timbul apa-apa isu yang tiada keserasian dalam parti kerajaan perpaduan.

“Kita terus mengorak langkah. Yang penting, kita tunjukkan komitmen kita untuk terus bekerjasama.

CABARAN

“Ia sudah dinoktahkan sejak tertubuhnya  kerajaan perpaduan Disember lalu. Kita move on, ada pelbagai cabaran, cabaran politik kita ada enam Pilihan Raya Negeri, cabaran ekonomi, pembangunan negara, macam-macam cabaran yang perlu ditempuhi,” kata beliau ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya menuntut untuk DAP memohon maaf  secara terbuka kepada parti Melayu itu  sekiranya benar DAP  ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan UMNO.

Kata Muhamad Akmal lagi, permohonan maaf juga  penting bagi melembutkan hati ahli-ahli UMNO dan orang Melayu bagi membina kepercayaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Permohonan maaf secara terbuka itu antara lain juga merujuk kepada segala tohmahan yang pernah dilemparkan DAP terhadap UMNO.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada keperluan buat DAP memohon maaf  kerana segala perjanjian telah dipersetujui sewaktu fasa rundingan sebelum terbentuknya  kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, Muhamad Akmal sekali lagi menetapkan pada sesi penggulungannya tidak akan sesekali menarik balik tuntutannya terhadap DAP dengan alasan untuk menjaga masa depan parti keramat itu.

Senada dengan Akmal, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyatakan adalah langkah terbaik jika DAP memohon maaf kepada UMNO.

“Tidak ada masalah. Itu cadangan yang baik kalau DAP berbesar hati, magnanimous untuk minta maaf (seperti yang dilakukan) kepada rakyat Sarawak, itu tak ada isu.

“Kalau boleh (minta maaf) lagi bagus kerana kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan, kita mesti berbesar hati untuk melakukan apa yang baik untuk masa depan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya