Cuaca panas melampau, penternak ikan rugi RM438,500

Cuaca panas melampau, penternak ikan rugi RM438,500

AHMAD Yakob (dua dari kanan) beramah mesra dengan seorang Peniaga yang sedang mengambil suntikan vaksin tifoid semasa Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) dan myKomuniti Perikanan (myKP) Zon Timur 2023 di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Cuaca panas melampau yang berlaku sejak lebih dua bulan lalu menyebabkan 22 penternak ikan di Selangor, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan mengalami kerugian kira-kira RM438,500.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, keadaan cuaca ketika ini menjejaskan produktiviti ternakan ikan selepas berlaku perubahan suhu air, serangan penyakit dan kerosakan sangkar.

Menurutnya, pihak Jabatan Perikanan masih meneruskan usaha memantau dan mengumpul data kerugian yang ditanggung penternak untuk dibawa ke peringkat kementerian agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka.

“Kita juga merancang untuk menyalurkan bantuan benih ikan kepada penternak yang layak selepas keadaan cuaca kembali pulih.

“Berdasarkan rekod awal, 22 penternak ikan sangkar di Selangor, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan terjejas akibat cuaca panas. Kes tersebut belum diklasifikasikan sebagai mudarat kerana bekalan pengeluaran ikan keseluruhan kawasan akuakultur masih stabil,” katanya katanya ketika ditemui pemberita di Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (MyAP) dan myKomuniti Perikanan (MyKP) Zon Timur di Tok Bali di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut hadir merasmikan karnival tersebut.

Adnan memberitahu, meskipun cuaca panas melanda kebanyakan negeri, eksport ikan dalam subsektor itu masih dalam keadaan stabil yang mencukupi permintaan semasa.

Katanya, penternak perlu menjual hasil ternakan mereka dengan kadar segera sekiranya sudah mencapai saiz matang selain menilai situasi suhu semasa bagi mengelakkan kerugian berganda.

“Cuaca panas melampau menyebabkan suhu air meningkat sekali gus tidak sesuai untuk anak benih ikan sekali gus berdepan dengan risiko kematian hasil ternakan.

“Penternak digalakkan untuk mengurangkan kadar stok tebaran ikan dalam sangkar atau kolam akuakultur yang mudah terdedah dengan kehadiran penyakit yang menyebabkan ikan mati sebelum ia sempat dijual,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya