Cheng Hoe mahu Selangor FC kerja lebih keras 

Cheng Hoe mahu Selangor FC kerja lebih keras 

TAN CHENG HOE meminta Selangor waspada dengan kebangkitan Perak dalam aksi Liga Super malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Selangor FC Tan Cheng Hoe mahu barisan pemainnya bekerja lebih keras jika mahu terus memberi saingan dan memburu kedudukan terbaik dalam carta Liga Super musim ini.

Cheng Hoe berkata, kemenangan besar 7-1 ke atas Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi bukan ‘tiket’ untuk barisan pemain berada dalam zon selesa bagi mengharungi pusingan kedua liga.

Menurutnya, bagaimanapun, kemenangan itu merupakan satu kebangkitan selepas kekalahan di tangah PDRM FC dan situasi itu dapat dilihat barisan pemain Selangor menunjukkan sikap dan fokus yang baik.

“Paling penting setiap peluang yang kita cipta diterjemahkan ke dalam bentuk gol dan dari situ kita nampak pasukan bermain dengan penuh keyakinan bermula daripada gol pertama sehingga terakhir. Mereka memang dahagakan kemenangan pada malam ini.

“Fokus kita sekarang ini adalah cuba bersaing untuk mendapat kedudukan terbaik dalam Liga Super. Kita belum mencapai matlamat sebenar dan perlu terus kerja keras serta berusaha bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Ketua Jurulatih kelahiran Kedah itu memaklumkan, pemain-pemain akan melalui rehat panjang sehingga tiga minggu selepas ini dan sebahagiannya mempunyai komitmen dengan pasukan kebangsaan.

Katanya, selepas rehat dia mahu barisan pemain kembali bekerja keras kerana perjuangan masih belum berakhir untuk musim ini.

“Untuk jendela perpidahan kedua belum ada keputusan muktamad dan Selangor masih mempunyai pilihan untuk kekal dengan jumlah pemain sedia ada atau membawa masuk beberapa pemain baharu.

“Sehingga kini kita mempunyai seramai 25 pemain dan boleh dikatakan sebuah skuad yang agak kecil dalam saingan Liga Super. Kita tahu bukan mudah untuk membawa masuk pemain dan membentuk keserasian segera,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya