Bersihkan dulu AKSB, baru mohon bajet RM8 bilion

Bersihkan dulu AKSB, baru mohon bajet RM8 bilion

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri perlu ‘membersihkan’ pengurusan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terlebih dahulu sebelum memohon bajet berjumlah RM8 bilion bagi menyelesaikan masalah bekalan yang sudah berpuluh-puluh tahun menghantui penduduk.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, proses itu melibatkan pembaharuan dalam tadbir urus supaya segala kerja-kerja penambahbaikan supaya menjadi lebih berkesan berbanding sebelum ini yang terbukti gagal.

Menurutnya, amalan nepotisme dan tidak kecekapan AKSB perlu diberikan perhatian kerana pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini dalam membantu memulihkan bekalan air di negeri ini.

“Namun mereka (Kerajaan Negeri) masih mengekalkan pengurusan yang gagal sambil mengharapkan keputusan berbeza. 

“Untuk makluman, sebelum Perjanjian Migrasi Air 2016 , Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan sebanyak RM777 juta dari kelulusan RM816 juta. Saya yakin sumber kewangan itu berterusan hingga sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azwami Fikri memberitahu, usaha itu bagaimanapun menemui jalan bantu apabila prestasi AKSB dalam membekalkan bekalan air kepada pengguna di negeri ini bertambah teruk.

Katanya, berpandukan kepada jawapan yang diberikan oleh Kementerian Air dan Alam Sekitar (Kasa) sebelum ini sumber bahan mentah itu gagal di bekalkan walaupun permintaan makin bertambah.

“Apa yang berlaku dalam AKSB itu perlu diberi perhatian sebelum kerajaan  bajet yang besar. Bagaimanapun, kami (Pemuda UMNO Kelantan) menyokong permohonan Kelantan untuk memulihkan bekalan air di negeri ini,” ujarnya,

Media semalam melaporkan, Kelantan memohon dana berjumlah RM8 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan belum bersetuju dengan jumlah itu dan meneliti masalah tersebut termasuk pengurangan kos.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya