KUALA LUMPUR : Beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan hadir di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pagi ini.
Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Turut hadir, Presiden parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal serta beberapa pimpinan parti komponen Barisan Nasional, termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran.
Semua pimpinan berkenaan tiba selepas Presiden UMNO, Datuk seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan upacara perhimpunan Sang Saka Bangsa tepat pukul 8 pagi tadi.
Buat masa ini, pimpinan berkenaan berada di ruang menunggu bagi menantikan ketibaan Perdana Menteri yang akan sampai pada bila-bila masa.-UTUSAN